10 Langkah Dapatkan Gambar Cantik Ketika Travel

10 Langkah Dapatkan Gambar Cantik Ketika Travel. Seronoknya bercuti ke negara orang kan? Sambil makan angin boleh bergambar buat kenangan!

1.Dapatkan info

Dapatkan info yang cukup sebelum travel. Google tempat-tempat menarik yang bakal anda kunjungi, kenalpasti cuaca, baju yang sesuai dan peralatan yang perlu dibawa. Takde lah nanti terbawa baju yang tidak sesuai. Buat berat beg je..

2. Imaginasi untuk lebih ‘feel’

Imagine atau bayangkan korang sudah berada ditempat tersebut untuk mendapatkan ‘feel’ dan pose yang sesuai nak bergambar nanti. Kak fa lebih suka screenshoot je gambar- gambar yang cantik dari google atau laman sosial instafemes untuk jadikan sebagai rujukan bila nak posing nanti. Boleh la berangan nak bergambar di mana, posing macam mana, pakai baju apa dan warna apa yang sesuai.

3. Tripod @ monopod

Kepada yang travel secara solo jgn lupa bawa tripod atau monopod. Bolelah korang selfie dan ber’ootd’ bila jumpa port dan view yang cantik.

4. Rakan travel yang pandai ‘snap’ gambar

Bagi yang travel bersama rakan pastikan rakan korang tu pandai ‘snap’ gambar. Bukan photographer pon tak mengapa asalkan boleh ambil gambar yang sharp dan tidak gegar (pesan siap-siap kat kawan tu. hihi…)

5. Mood ‘happy’ beri kesan gambar cantik

Pastikan kawan yang travel sama-sama dengan korang tu sporting supaya korang kekal happy dan enjoy sepanjang percutian sebab ‘mood’ pon penting tau untuk hasilkan gambar yang cantik. Paling best kalau dapat travel dengan kawan yang suka candid!

6. Extra memori dan powerbank!

Pastikan bawa extra SD card bagi korang yang bawa kamera dslr atau go-pro, kalau yang pakai smartphone better sediakan ruang memori yang mencukupi dan jangan lupa bawa power bank! Kalau memori full atau bateri habis macam mana nak ambil gambar cantik nanti?!

7. Bangun Awal

‘nak tahu cara edit gambar cantik macam instafemes? Klik link ni, https://scarfsweethoney.com.my/cara-instafamous-edit-gambar/ ‎

Bila dah sampai destinasi, perkara paling penting utk dpt view yg cantik… pleaselah korang bangun awal pagi ye! Sebab waktu pagi lah pencahayaan sangat cantik dan membantu untuk korang dapat gambar cantik dan wow! Tak perlu edit dah.. Selain tu, bolehlah korang buat lebih persediaan.

8. Pilih lokasi tumpuan @ tempat viral

  

  

Kalau bole, pilih lokasi favourite seperti kawasan yang ada pemandangan gunung-ganang, tasik, pantai, taman bunga atau tempat-tempat yang viral dan menjadi tumpuan. Confirm nanti wall fb dan ig korang penuh gambar cantik-cantik je.

9. Cuba macam-macam aktiviti

Bila dah smpai kat tempat orang tu, tak salah kan labur kan sikit duit utk rasai pengalaman berbeza seperti flying fox tertinggi, naik belon panas ke, makan ice cream paling sedap ke, naik cable car terpanjang ke.. Mana tahu korang berpeluang dapat snap gambar cantik atau view yang wow!

10. Snap gambar pelbagai sudut

Ambil gambar pelbagai sudut tepi, kiri, kanan, atas, bawah.. Tak payah nak cek gambar tu ok ke tak! Ini bagi mengelakkan korang kecewa dan buang masa berlama-lama di satu tempat. Selain tu, dapatlah korang luangkan lebih masa menikmati percutian. Melainkan kalau korang memang nk shoot fesyen takot tak nampak detailing ke, tudung terbang ke, kain terselak ke..

Last skali, be your self and enjoy your holiday!

 

  

Shopping Cart
Scroll to Top