Pastinya setiap family mengidamkan untuk travel dengan anak kecil dengan hati yang girang. Disini Kak Fa bagi 10 tips travel dengan anak kecil yang anda wajib tahu. Setiap ibu bapa harus menitik beratkan keselamatan serta keselesaan anak-anak. Ayuh kita baca 10 tips di bawah.
Tips 1: Sediakan kelengkapan anak kecil secukupnya
Pastikan anda menyediakan kelengkapan secukupnya bermula dari pakaian, ubat-ubatan dan makanan terutama bagi anak kecil. Bagi memudahkan penyedian anda boleh listkan segala kelengkapan mengikut hari. Buat check list dari hari pertama ke hari terakhir melancong. Asingkan siap-siap dan memasukan ke dalam plastik vacum untuk menjimatkan ruang. Jangan lupa untuk labelkan setiap plastik takut lupa.
Tips 2: Sediakan beg galas
Tips 2 ialah sediakan beg galas ini kerana anda boleh muatkan segala kelengkapan yang penting di dalam beg ini terutama bila si anak bocor, anda dengan mudah dapat menukar pakaian anak kecil. Masukkan juga sehelai dua pakaian lebih untuk anak sebagai persediaan. Dengan ini anda tidak perlu bersusah payah geledah bagasi untuk menukar pakaian. Kan senang !
Tips 3: Bawa stroller
Jika perjalanan anda memerlukan berjalan kaki yang panjang, anda wajib membawa storller. Pastikan stroller yang compact, mesra travell, ringan dan tahan lasak supaya senang untuk anda membawa ke hulu hilir. Stoller ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada kita, malahan memberikan keselesaan kepada anak.
Tips 4: Ketahui Jarak Perjalanan
Sebelum anda melancong, rancang betul-betul percutian anda samaada perlu menaiki kereta, bas, kereta api ataupun kapal terbang. Sedikit tricks parenting, sebelum bertolak dari rumah pastikan anak kekenyangan , penat bermain dan kurang tidur. Supaya dalam perjalanan nanti kurang meragam dan tidur sepanjang perjalanan. Ini akan mempercepatkan perjalanan anda untuk sampai ke destinasi.
Tips 5: carrier baby
Bawa carrier baby yang boleh digunakan untuk jalan-jalan. Carrier adalah sangat sesuai untuk pergi tempat ramai orang berbanding dengan stroller yang memakan ruang yang besar dan dari segi keselamatan carrier baby adalah lebih selamat. Ambil giliran dengan pasangan anda supaya tidak letih dan kedua-keduanya dapat menikmati percutian bersama-sama anak.
Tips 6: Bekalan makanan
Ini sangat penting kerana anak mudah cepat letih dan mudah meragam. Kadang-kadang bila berenti makan, mereka belum lagi lapar. Oleh itu, pastikan makanan sentiasa ada. Contoh makanan yang boleh dibekalkan ialah nasi impit dan buah-buahan. Kalau boleh bekalkan makanan yang seimbang karbohidrat,protien dan buah-buahan/sayur-sayuran
Tips 7: Penginapan yang selesa dan Kids Friendly
Pilih penginapan yang selesa untuk anak-anak dan pastikan tempat penginapan adalah selamat untuk kanak-kanak. Kalau ada bajet lebih sikit, sewa homestay dan bawak beras @ makanan dalam tin supaya boleh masak. Anak-anak lebih selesa dan kos pun dapat dikawal. selain itu, bila berada di luar negara Kemungkinan susah untuk mendapat makanan yang halal.
Tips 8 : Bawa permainan atau gadjet kesukaan anak
Bila perjalanan memakan masa yang lama, anak mudah cepat bosan dan mula meragam. Jadi, fungsi permainan kesukaan anak-anak adalah untuk mengawal mereka supaya tidak terlalu memberontak. Ibu bapa mesti peka dengan permainan anak-anak contohnya buku colour ataupun block cantum-cantum kesukaan mereka.
Tips 9: Take it slowly
Bawa anak-anak travel memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Ye lah, mak ayah 24 jam dengan mereka memang kerenah menjadi 300% manja. Kerenahnya pun menjadi luar biasa. Oleh itu bagi ruang ke anak-anak untuk mereka rehat dan tidur ikut masanya.
Tips 10: Pakaian yang sesuai
Sesuai dengan cuaca dan keadaan. Jika pergi tempat beriklim sejuk pastikan bawak baju sejuk. kanak-kanak mudah demam tidak seperti orang dewasa. Manakala untuk ibu pula pastikan segala persiapan adalah dengan cepat kerana ingin meguruskan diri sendiri serta anak-anak lagi. Kak Fa cadangkan instant shawl dari scarfsweethoney yang memudahkan untuk travel.
kak fa harap 10 tips travel dengan anak kecil ini dapat membantu anda serba sedikit untuk travel bersama anak kecil. selamat bercuti !