Tahukah anda pemakaian melambangkan mood anda seharian? Oleh itu, sangat penting untuk pemilihan tudung dan baju yang sesuai bagi menjalani hari-hari anda. Di sini Kak Fa ingin kongsikan 3 tips pemilihan tudung bersesuaian dengan mood anda.

1.Untuk tampil ceria
Jika anda ingin tampil ceria, anda perlu memilih tudung dengan warna yang terang dan aksesori yang simple. Contoh pemilihan tudung warna terang ialah warna honey gold, merah, hijau pucuk pisang, dan orange. Warna-warna ternang memainkan pernanan untuk lebih menonjol dari yang lain. Biasanya, orang yang suka tampil dengan warna lebih terang, ia mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berhadapan dengan orang. Jangan takut untuk pakai warna terang.
Aksesori yang simple maksudnya, tidak terlalu plain dan tidak terlalu meriah. Bak kata orang, bersederhana dalam memakai kan. Trend sekarang tudung yang dijahit dengan manik ataupun yang ditampal dengan patch digabungkan dengan baju corak. Pemakaian yang begitu sudah memadai menonjolkan mood anda yang ceria !

2. Untuk tampak glamour
Untuk majlis rasmi biasanya kita ingin tampil lebih bergaya serta glamour berbanding orang lain. Oleh itu tipsnya anda perlulah memakai tudung yang mudah dibentuk apabila memakainya. Pemilihan tudung yang terus terletak cantik di bentuk muka sangat penting untuk majlis-majlis rasmi disamping keselesaan dalam berpakaian.
Jangan lupa untuk aksesori blink-blink yang memukau. Tidak perlu menyeluruh cukuplah sekadar bisa membuat orang lain terpukau. Contoh terdekat, anda boleh memilih tudung dengan aksesori dekat bahagian kepala je ke. Cukup membuat semua mata-mata tengok anda.

3. Untuk Tampak cantik dan simple
Sesungguhnya setiap manusia ingin tampil cantik dan simple. Hari-hari anda mungkin tidak menginginkan kejutan dan lebih sukakan hari yang tenang tiada masalah. Oleh itu, pemilihan tudung yang sesuai ialah pilih lah tudung yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Tidak kisah samaada pemakaian bawal ataupun long shawl asalkan anda selesa dan berkeyakinan tinggi.
Tidak terlalu banyak aksesori dan pilihan warna yang simple sudah cukup memadai untuk korang tampil cantik dan simple.