6 Cara Posing Nampak Kurus Untuk Kaum Wanita

Ini adalah 6 cara posing nampak anda kurus untuk kaum wanita. Nombor 5 paling ramai orang buat. Bagi kaum wanita cara pengambilan gambar dan cara posing amat dititik beratkan agar tampil bergaya dan tampak kurus. Disini kami kongsikan 5 cara posing untuk kelihatan kurus. Nombor 5 paling ramai orang buat tanpa anda sedari.

1. AMBIL GAMBAR DARI SUDUT ATAS KE BAWAH

Cara ini adalah yang sering kita buat terutama untuk berselfie. Namun amat sikit cara ini digunakan untuk ambil gambar full body kan? Apa yang best sangat ialah ia dapat menyembunyikan double chin.  Pastikan gambar ditangkap dari sudut yang tinggi iaitu atas ke bawah. 

2. POSING DUDUK DALAM POSISI TEGAK

Bagi gambar posisi duduk (biasanya untuk majlis formal), pastikan anda duduk dalam keadaan yang tegak untuk mengelakkan perut kelihatan berlapis-lapis. Tips ini juga boleh digunakan untuk posing pengantin dalam keadaan duduk. 

3. POSE DENGAN SATU KAKI KE DEPAN

Bila anda pose dengan satu kaki ke depan ia membantu mencondongkan badan skaligus memberi ilusi kurus. Selain daripada itu, menampakan kaki lebih runcing dan panjang. Boleh berpaling sedikit untuk nampak sisi kurus badan.

4. POSISI MENGIRING

Posisi mengiring beserta tangan silang ke tengah boleh dijadikan tips berguna disamping membantu menampakkan bentuk badan lebih kurus dan langsing. Jangan lupa tonggekan punggung ke bahagian sisi agar garisan pinggang lebih jelas. Awas ! jangan membongkokan badan terlalu rendah menyebabkan anda kelihatan kaku.

5. GAMBAR BERKUMPULAN UNTUK WANITA

Untuk gambar berkumpulan, anda digalakkan berdiri di tengah-tengah supaya terlindung antara dua subjek di sisi. Sekaligus menjadikan anda perhatian utama pandangan. Mestilah lepas ni anda berebut-rebut nak berada kat tengah kan? 

6. MENGENAKAN BAJU YANG SESUAI

Mengenakan baju yang sesuai terutamanya dalam majlis adalah sangat penting. Oleh itu, untuk kelihatan kurus dan ramping, anda digalakkan pakai warna yang selemat contohnya warna gelap-gelap. Warna gelap ini, boleh membantu anda untuk tampil slim dan bergaya. Di samping itu, seharusnya elakkan dari memakai corak yang besar-besar hal ini kerana akan membuat anda kelihatan lebih lebar.

p/s: Semoga tips ini membantu anda nampak lebih kurus

Shopping Cart
Scroll to Top