6 Step Untuk Lilit Shawl Kepuk ALA-ELFIRA

Ini adalah 6 step untuk lilit shawl kepuk ala-elfira vs 2 step mudah dengan hanya menyarung Feyra instant double loop yang menjadi trend masa kini. Kak Fa share tips ini supaya anda tampil lebih yakin dan menyerlah dalam urusan harian.

Tidak dinafikan, style macam ini juga sesuai digayakan untuk ke kenduri kawin bahkan untuk majlis-majlis tertentu.

Hal ini kerana gayanya yang simple dan sopan sekali gus menaikkan keayuan si pemakai. Di sini Kak Fa share 6 steps untuk lilit shawl kepuk ala-elfira. Langkah ini adalah khas untuk anda yg lebih suka kan long shawl.

6 Step UNTUK LILIT SHAWL KEPUK ALA-ELFIRA

Langkah 1: Samakan bahagian kanan dan bahagian kiri shawl. Pilih bahagian yang muncung lentik supaya senang dibentuk mengikut citarasa bila letak kat muka. Kalau shawl scarfsweethoney tak payah risau sangat sebab mostly semua bahagian senang dibentuk.

Langkah 2: Pinkan kat belakang tudung. Tips korang pinkan sekali dengan inner supaya tampak lebih kemas.

Langkah 3: Setelah pinkan, Ambil lebihan shawl dan bawa ke sebelah kanan/kiri (mengikut keselesaan). Pegang bahagian kanan dan kiri tudung dengan kedua-dua belah tangan. Untuk lebih faham, anda boleh rujuk gambar nombor3. 

Langkah 4: Ambil bahagian kiri tudung (tangan kanan) seperti dalam gambar 3, pusing sekali. Untuk  kelihatan kemas anda boleh pin kan dekat bahagian kepuk tadi

Langkah 5: Ambil bahagian kanan ​tudung tadi dan bawa naik ke atas sebelah kanan dan pin kan 

Langkah 6: Lebihan sebelah kiri tadi bawa naik atas dan pin kan. BOleh rujuk gambar 6 untuk lebih faham

Tadaaa .. Dah siap ! Fuh berpeluh jugak untuk siapkan kan ? Kak Fa ada step lagi senang dan mudah untuk anda lilit shawl kepuk ala Elfira ni.

Sekiranya anda tidak mahu mengikuti 6 langkah diatas, anda boleh mengikuti 2 langkah mudah di bawah

2 LANGKAH MUDAH PAKAI SHAWL KEPUK ALA ELFIRA DENGAN FEYRA INSTANT DOUBLE LOOP

Langkah 1: Sarungkan muka pertama (seperti yang tertera dalam gambar 1)

Langkah 2 : Sarungkan muka kedua . Tadaa..dah siap ! siap ada batu hematiate lagi. 

Khas untuk anda yang nak cepat dan berstyle ! korang boleh klik sini untuk lilitan Elfira dengan cara paling ringkas. 

Shopping Cart
Scroll to Top