7 TIPS ELAK TUDUNG BAU ASHEM!

Sebelum tu nak tanya, korang tau tak ‘ashem’ tu apa? Bau KEPAM ni mesti korang tau kan.
Ya, tudung berbau kepam ni sangatlah tak senang kan? Tak senang duduk kan..
“aduhh.. tudung aku ke yang bau kepam ni? Ishhh..”
Ni Kak Fa nak bagi tips supaya tudung korang tak bau kepam lagi…
Yeay! Kena raikan dulu… baru ilmu ni senang masuk .. hehe.. memandai je Kak Fa ni kan. Ok back to the topic.. aicehh..

7 Tips Elak Tudung Bau Kepam!

Tips #1 Elak Pakai Tudung Ketika Rambut Basah

Jangan terus pakai tudung apabila rambut masih basah. Tu yang senang bau kepam tu.. Nak senang wajib ada kat rumah tu, hair dryer. Kalau yang rambut pendek tu tak pe lagi.. kalau yang rambut panjang paras pinggang?.. aduh.. makan masa kalau nak tunggu kering gitu..

Tips #2 Inner tudung wajib ada lebih dari satu

Kalau bole, inner tudung tu biarlah ada lebih. Belilah kombo 3pcs inner ADRA tu RM100 jer.. ehh terpromot pulak. Hehe.. tak lah, nak cakap yang inner tudung paling kurang pun ada 3 helai. Kenapa? Kalau satu basuh, satu lagi mesti ada yang kering. Fungsi yang ketiga tu mesti tengah sidai kan.. hahah.. takde alasan lagi kan.. “ala, inner tak kering lagi..” “ala, inner tak basuh lagi..”.

Tips #3 Pemilihan material tudung yang ‘mesra udara’

Pemilihan material tudung penting, dalam keadaan cuaca tropika kita ni, sangat bertuah tau bermacam jenis material ada di pasaran. Pilih jenis yang mesra udara.. ehh.. betul ke bahasa Kak Fa tu? Kak Fa nak cakap yang walaupun kita pakai tudung, pastikan material kita tu dapat pengudaraan sempurna, dalam ke luar, luar ke dalam. Haa.. gitew! Contoh macam material heavy chiffon, cotton viscose, cotton lycra. Oh ya, material cotton viscose dan lycra ni pastikan berat 320gram. Jangan lebih. Sebab kalau terlalu tebal, tak bernafas nanti. Lain tau material cotton ni untuk tudung dan baju.

Tips #4 Sembur perfume pada tudung

Tau tak sekarang ni ada perfume tudung, sampai macam tu sekali tau nak selesaikan masalah tudung bau kepam ni. Korang boleh jugak sembur perfume yang biasa korang pakai tu. Jimat!

Tips #5 Cuci Tudung Guna Pelembut Fabrik atau Sabun Buku

Untuk tudung jenis heavy chiffon boleh pakai pelembut fabrik. Kalau ada tudung korang yang tak boleh guna pelembut fabrik, sebab ada sesetengah tudung ada awning kan. Tak nak nanti awning tu lembik, korang boleh pakai sabun buku. Selalu wangi dia tahan lebih lama tau. Ehh, jangan lupa bilas dengan air pulak. Hihi..

Tips #6 Gantung Tudung Guna Hanger

Lebih hellok gantung tudung guna hanger tau. Jangan lipat atau ‘lepak’ je. Untuk kekalkan kesegaran tudung, dalam almari tu letaklah pewangi. Bila nak pakai tudung tu, mesti berbau harum je sampai pejabat. Mood pun baik jer sepanjang hari.

Tips #7 Pilih Syampu yang Sesuai Dengan Jenis Rambut dan Kulit kepala

Penjagaan rambut seiring dengan tudung yang cantik.. ehh!.. Nak elak bau kepam ni, pastikan kulit kepala dan rambut kita sihat dan segar. Macam iklan sunsilk pulak. Pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut dan kulit kepala kita.

Sekian saja tips dari Kak Fa, boleh share moga bermanfaat. Tak perlu minta izin ye..

Shopping Cart
Scroll to Top