Cara berfesyen konfirm nampak kurus -scarfsweethoney

Setiap wanita, mengidamkan untuk tampil menarik kerana dapat memberikan kepercayaan serta keyakinan yang tinggi dalam diri. Untuk tampil menarik, para wanita menginkan susuk tubuh yang cantik persis model. Sering kali bentuk tubuh badan tinggi lampai menjadi tumpuan terutama dalam pengayaan fesyen.

Bagi wanita yang mempunyai susuk tubuh agak gempal jangan berkecil hati atau resah kerana tidak dapat memakai baju idaman korang. Dengan mengikuti tips berfesyen untuk gadis gempal dibawah ini, korang akan kelihatan lebih menyerlah dengan pengayaakan fesyen verstail dan moden.

1.Pemilihan Fabrik

#kapas

Pemilihan fabrik ini sebenarnya memainkan peranan besar dalam berfesyen terutama untuk gadis yang bertubuh gempal untuk kelihatan lebih kurus. Fabrik yang dicadangkan adalah kapas atau kapas kanvas kerana kapas ini sinonim dengan keselesaan, lembut dan verstail terutama dengan menerapkan corak yang flowy dan romantis.

Biar pun ramai yang beranggapan bahawa fabrik kapas hanya sesuai dijadikan baju kurung atau kebaya, namun dengan perubahan dunia fesyen terkini mampu menjadikan fabrik kapas sebagai satu penghasilan menarik terutama mengunakan potongan yang sesuai untuk gadis gempal.

Elakkan pemilihan fabrik yang merengang ataupun melekat kerana ia akan meyerlahkan lagi tubuh korang yang gempal

2.Pemilihan corak

#stripes

Untuk pemilihan corak pula, disarankan untuk memilih corak stripes menegak sekaligus menciptakan efek bergaris vertikal yang signifikan nampak kurus dan tinggi dari atas hingga ke bawah. Jarak antara stripes pun sangat penting jugak taw. Pilih jarak yang dekat supaya garisanya nampak halus sekali gus memberi ilusi kurus kepada gadis gempal.

Sangat dielakkan pemakaian corak tripes melintang kerana dapat memberikan efek kembang dan melebar . Jangan lah kita saja-saja pergi try corak stripes yang melintang.

Ingat ya, indah di hanger belum tentu indah di mata

#Bunga-bunga kecil

Jika hari-hari memakai corak stripes pun bosan jugak. Nak nampak kurus punya pasal. Sekali sekala cuba kita beralih kepada corak pula. Tips untuk memilih baju yang bercorak adalah pilih corak yang kecil supaya mata tertumpu kepada corak bukan pada susuk badan. Elakkan memilih corak yang besar dan menonjol kerana dapat mempengaruhi ilusi corak tersebut.

Manakala untuk corak bunga, elakkan corak yang penuh sebaliknya pilihlah corak bunga yang kecil dan jarang-jarang sekali gus menampakkan ilusi kurus dan kecil. Tetapi berlainan dengan corak pokal dot. korang digalakkan untuk memilih pokal dot penuh dan kecil. Simple but nice gitu.

Jangan pernah takut untuk ciptakan kelainan dalam berfesyen.

#Pakaian bermotif

Begitu juga dengan pemakaian bermotif dan abstrak, elakkan yang bersaiz besar gedabak kerana ia boleh menampakkan tubuh semakin besar. Pilih lah design yang simple asalkan tidak mendominasi dan tidak terlalu besar sebaliknya kecil.

#Animal prints

Untuk lebih konfiden, korang boleh cuba corak harimau bintang. Keistimewaan corak harimau bintang ini adalah tidak ditelan zaman bahkan ia nampak lebih verstail. Selain itu, ia juga melambangkan keberanian seorang wanita taw ! Dalam pemilihan corak ini untuk kelihatan lebih kurus, padanan mix and match tidak terlampau berlebihan.

Cukuplah skadar dipadankan dengan jeans kosong serta baju bercorak harimau bintang. Simple but elegant !

3. Tips Pemilihan design

#skirt

Ingat orang kurus je boleh pakai skirt? Dengan pemilihan cutting skirt yang betul sebenarnya korang boleh kelihatan slim. Potongan Skirt yang disarankan adalah adalah jenis skirt cutting A cut ataupun cutting duyung. Cutting duyung disarankan untuk memakai baju labuh supaya dapat melindungi peha korang yang comel itu. Manakala untuk skirt cutting A cut tidak digalakkan terlalu ketat ataupun terlalu longgar kerana ia boleh menampakan lagi korang gemuk.

#seluar

Memilih seluar yang selesa dalam masa yang sama mencantikkan bahagian tubuh sebenarnya memerlukan masa yang lama. Oleh itu, dengan mengikuti tips ini, korang dapat menjimatkan masa korang dalam pemilihan seluar. Disarankan untuk berseluar seluar panjang dengan potongan pingang yang rendah. Seluar ini akan kelihatan akan kelihatan betul-betul jatuh di pinggul, tidak membelah di kawasan pingang dan perut.

Ia membantu korang mengimbangi punggung dan peha anda supaya kelihatan lebih kecil.

#baju

Manakala tips pemilihan baju pula dinasihatkan memilih baju yang ngam-ngam dengan badan iaitu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Saiz biarlah bertetapan dengan ukuran badan. Selagi tidak melanggar hukum syariat.

Bagi melindungi bahagian badan yang menonjol seperti bahu, korang dinasihatkan memakai kardigen ataupun outwear. Pemakaian kardigen ini nampak lebih kasual and smart. Jika ingin memakai kardigen, pastikan pakaian di dalam adalah mengikut bentuk badan. Dinasihatkan juga memilih kardigen yang lehernya berbentuk ‘V’ untuk menampakkan bentuk badan yang kurus.

Elakkan memakai baju kembang di bawah kerana ia boleh menampakan korang semakin pendek dan gemuk seperti pemplum

4. Pemilihan warna

Manakala dari segi pemilihan warna, tiada warna yang spesifik. Kebanyakan menyatakan bahawa memakai warna gelap boleh memberi langsing dan ramping. Ya, memang betul, warna gelap memberi efek ramping tetapi ini tidak menandakan korang tidak boleh mencuba warna yang terang. Permainan warna yang terang boleh memberikan efek tona warna kulit semakin cerah.

5. Tips Pemilihan aksesori

Jika korang tidak yakin dengan pemilihan warna yang terang, korang boleh bermain dengan aksesoari yang tepat seperti rantai yang ataupun gelang. Saiz aksesori yang disarankan adalah yang bersaiz besar supaya mata tidak tertumpu pada saiz badan tetapi tertumpu kepada saiz aksesori.

Pemilihan kasut yang tepat juga penting untuk juga penting supaya penampilan korang tidak kelihatan berat dan sarat.

6. Tips Pemilihan fesyen tudung

Dari segi pemilihan fesyen tudung pula, Kak Fa sarankan korang memilih instant shawl double loop kerana fesyen begini dapat membantu korang menyorok pipi yang comel dengan bahagian flowy sekali gus menyerlahkan kewanitaan korang.

6 tips yang Kak Fa utarakan diatas boleh korang gunakan terutama untuk menghadiri upacara rasmi seperti dinner ataupun kenduri. Jangan takut untuk mengayakan fesyen terkini walaupun tubuh korang yang ‘berisi’ akan kelihatan menojol . Yang penting korang harus berani untuk terus berfesyen.

Jangan lupa klik link ini untuk dapatkan sales kaw kaw kaw punya daripada Scarfsweethoney. Perkara pertama yang orang tengok dulu adalah wajah ! Jadi pemilihan tudung yang sesuai dengan wajah adalah perkara utama !

Terus ke website SCARFSWEETHONEY sekarang dengan klik link ini !!

Shopping Cart
Scroll to Top