Cara Instafamous Edit Gambar

Instafomous atau dikenali sebagai social media influencer sedikit sebanyak memberi kesan kepada follower dan pengguna media sosial terutama dari segi cara instafamous edit gambar serta pemakaian mereka. Bagaimana gambar yang biasa boleh menjadi gambar yang luar biasa cantiknya?

Sering kali kita lihat di media sosial gambar yang lebih menonjol akan menjadi tarikan serta ikutan di media sosial. Sebenarnya disebalik gambar yang ‘perfect’ adalah hasil daripada usaha yang keras termasuklah dari segi lighting, pemakaian, serta cara posing.

Tidak lupa jugak kepada cara editing gambar untuk menaikan seri gambar. Disini Kak Fa kongsikan tips cara instafamous edit gambar mengunakan snap seed.

Sebelum bermula, install apps Snapseed ini terlebih dahulu.

Langkah 1: Pilih Gambar Terbaik

Pilih satu gambar untuk korang edit. Tips : pilih gambar yang mempunyai background yang banyak untuk membezakan gambar asal dan gambar yang telah diedit dan pastikan gambar tidak gegar atau kabur.

Langkah 2: Pilih Tools yang Sesuai

1. Klik pada ‘TOOLS’ dan pilih Tune Image. Fungsi image tune adalah untuk mengatur pencahayaan bermula dari brightness kepada warmth.

Langkah 3: Adjust tune image

Terdapat beberapa jenis tune image yang bole digunakan. Korang bole ubah tune image kepada positif utk nampak lagi cerah. Cara-caranya: Tekan pada gambar dan halakan ke kanan untuk bagi nampak cerah. Manakala halakan ke kiri untuk tambah shadow pada gambar. Adjust ikut kesuaian atau tema yang korang suka. Bole juga rujuk editing Kak Fa ni kalau korang masih baru-baru nak cuba. Lepas tu klik simbol selesai sebelah kanan bawah.

Langkah 4: Structure dan Sharpening

Seterusnya klik semula tools dan pergi dekat details untuk tambah kualiti lagi pada gambar. Fungsi details adalah untuk mempertajamkan objek.

Kemudian, untuk kesesuaian boleh adjust dekat structure dan sharpening. Dengan sharpening kita boleh menonjolkan objek menjadi sesuatu yang lebih baik. Biasanya Kak Fa akan mengunakan kedua-duanya samaada sharpening dan structure supaya ia nampak lebih halus seperti HDR.

Langkah 5: Gunakan Tools Curve untuk Lebih Cerah.

Curves ini tidak wajib kalau perlu boleh digunakan. Fungsi curves ini adalah untuk seimbangkan antara shadow dan highlight. Kalau dah cerah sangat  tak perlu guna.

Tool curve ini sesuai digunakan pada gambar yang asalnya gelap atau terlalu shadow. Untuk apply, klik pada tools dan pilih curve. Selepas itu, pilih efect brighten untuk menampakan impak yang lebih cerah.

Langkah 6: Looks Instafamous dengan Grainy Film

Seterusnya, tekan look dan pilih Grainy film. Pada langkah ini, gambar asal akan berubah mengikut effect yg dipilih.

Fungsi grain ini adalah untuk memperhalusi details gambar dan memberi effect. Kak Fa suka looks X03 sebab looks ni nampak ala instafemes international gitu..

Untuk kurangkan noise dalam gambar masa pilih looks X03 tu , korang boleh kurangkan jumlah Grain kepada 0 supaya nampak lebih soft.

7. Tadaa ! dah siap editing Kak Fa. Anda boleh tengok perbezaan antara sebelum dan selepas edit. Cubalah !

Cantikkan tudung Kak Fa pakai ni? Untuk dapatkan tudung macam Kak Fa pakai ni korang boleh klik sini

Shopping Cart
Scroll to Top