Anting-anting merupakan satu aksesori yang menghias telinga. Namun, ia menjadi stail hijabi terkini memakainya dengan tudung. Ia menjadi ikutan apabila insta famous serta artis mula mengenakan gaya tersebut ketika berfesyen. Seterusnya menjadi ikutan para netizen dan trending di laman sosial. Ini adalah cara pakai Instant shawl Xandra bersama anting-anting.
Memakai tudung tidak menghalang anda untuk berstyle dengan anting-anting.
Langkah 1 :
Perkara pertama yang perlu dititk beratkan adalah sarungkan Inner cover neck. Ini bertujuan untuk melindungi bahagian leher. Penting untuk memilih inner neck yang selesa dan tidak rimas. Sebagai contoh dibawah model mengenakan Inner Adra warna nude brown. Warna ni senang untuk dipadankan dengan mana-mana tudung kerana warnanya yang natural. Tips memilih inner, warnanya lebih soft dari tudung

Langkah 2:
Sarungkan bahagian muka pertama Xandra seperti yang ditunjukkan di bawah

Langkah 3:
Pastikan bahagian muka pertama dikemas dengan selesa. Jika perlu, pinkan dahulu.

Langkah 4:
Kemudian, ambil bahagian muka kedua Xandra. Pastikan bahagian kelepet berada di sebelah kiri anda

Langkah 5:
Sarungkan muka kedua isntant shawl Xandra. Bahagian jahitan kelepet harus terletak di bahagian atas telinga.

Langkah 6 :
Betulkan dibahagian kelepet dan bahagian logo ‘S’. Pastikan logo berada di depan supaya kilauan ‘S’ lebih terserlah.

Langkah 7 :
Pilih anting-anting yang sesuai. Tipsnya, pilih anting-anting yang mempunyai penyangkut yang lebar dan tidak terlalu berat yang menyebabkan anda tidak selesa.

Langkah 8:
Lipat sikit dibahagian tepi supaya senang nak sangkut anting-anting.

Langkah 9:
Cocok anting-anting pada tudung sebaris dengan telinga. Untuk bagi nampak kemas, cocok di bahagian dalam lipatan.

Langkah 10:
Pada belah kanan (dibahagian kelepet) lipat dulu tudung dan cocok anting-anting. Pastikan sama dengan bahagian sebelah kanan tudung. TIps: untuk mengelakan dari tercedera, anda boleh masukan balik getah pada anting-anting tersebut.

Langkah 11:
Tadaaa ! dah siap memakai hijab bersama anting-anting

Semoga dengan perkongsian cara pakai instant shawl bersama anting-anting yang ini memberi manfaat kepada anda untuk lebih bebas dalam berfesyen.
Ada cara lebih ringkas untuk lilitan elfira. Nak tahu? baca artikel ini