Ikuti Langkah Ini Bagi Mengelakkan Tudung Cepat Rosak !

Ikuti langkah ini bagi mengelakkan tudung cepat rosak !


Frustnya bila beli tudung sekali pakai dah rosak disebabkan saterika ataupun mesin basuh ! Jom Ikuti Langkah ini bagi mengelakkan tudung cepat rosak!

Haa..sape yang pernah mengalami kemurung apabila tudung feveret korang rosak. Tambah derita apabila tudung tu memang korang berangan nak pakai masa event. Nak cantik tiba-tiba bencana datang melanda ! Nasib nasib. Menangis depan almari lah uols merapatapi tudung korang tu. Oleh itu, Kak fa sediakan langkah yang betul, khas untuk korang bagi mengelakkan tudung korang cepat rosak terutama tudung instant shawl.

Langkah #1 Iron tudung pada suhu yang betul

Mengosok tudung tidak semudah mengosak baju ya puan puan ! Tudung adalah lebih sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Perkara yang sangat penting adalah suhu iron mestilah bersesuaian dengan jenis fabrik terutama jenis fabrik yang nipis. Untuk tudung yang mengunakan dua jenis fabrik yang berlainan korang haruslah menitik beratkan suhu. Suhu harus sentiasa berubah-ubah. Mulakan dari suhu yang kecil ke besar secara berperingkat.

Terutama untuk kain jenis heavy chiffon memang korang perlu jaga betul-betul. Jangan main redah guna suhu yang besar terus. Menangis lah bak ang. Kain heavy chiffon dia agak nipis, tipsnya korang mulakan dengan mengosok bahagian hujung yang dikelim dahulu seterusnnya apabila suhu sudah sebati boleh ke tengah secara perlahan.

Nak nak raya ni, mesti nak berseri-seri cantik terutama dengan instant shawl scarfsweethoney. Alahai.. parah pakai tudung berlubang di pagi raya. Ye dok ? nasib ada instant shawl scarfsweethoney yang senang nak gosok ! Fall in love sangat.

Ana, Seremban

Langkah #2 Gunakan semburan air di tempat berkedut

Selain itu, mengunakan semburan air juga merupakan salah satu tips bagi mengelakkan cepat rosak. Apabila tudung berkedut dan sukar untuk mengosok, korang terus gunakan suhu yang paling tinggi tanpa memikirkan risiko seterusnya. Hal ini boleh menyebabkan tudung terbakar ataupun berlubang dek kerana mengunakan suhu yang tidak betul. Oleh itu, tipsnya korang sembur air di tempat yang sukar gosok tadi dan gosok dengan suhu yang sederhana. Tudung korang terjaga, kedut pun hilang !

Kalau korang nak senang hati lagi, tudung instant shawl scarfsweethoney tudung yang susah kedut kalau kedut pun sangat senang nak iron. Jadi korang tak payah nak kalut cari air nak sembur kat tudung. Sekali gosok, zass terus terik ! Tak percaya ? tengok testimoni bawah ni

“Premium heavy chiffon dari scarfsweethoney sangat senang untuk digosok dan dijaga. Masa jimat, sakit kepala hilang, hati pun senang ! bestnya tudung instant dari scarfsweethoney”

Kak Limah, Puchong

Langkah #3 Gunakan fabrik softener

Wow ! Softener ataupun pelembut ni bukan digunakan untuk baju sahaja mlah digunakan untuk tudung juga ! Kesannya korang boleh rasai kelembutan fabrik tudung instant korang ! pasti jatuh cinta. Caranya rendam tudung korang dalam air suam yang dicampur pencuci (berbentuk cecair) dan pelembut fabrik selama 10-15 minit. Selepas itu bilas tudung korang dengan air bersih supaya tudung korang betul-betul bersih ya. Tidak perlu memerah dengan kuat bagi mengelakkan tudung korang cepat rosak, cukup sekadar kibaskan sehingga air betul-betul kering dan sidai seperti biasa.

Satu lagi Kak Fa nak share dengan korang tentang kelembutan instant shawl scarfsweethoney. Pasti korang tidak percaya kerana tanpa mengunakan pelembut pun tudung korang sudah selembut sutera! Premium heavy chiffon yang terletak dan korang boleh rasai kelembutan sebaik sahaja korang memakainya !

“Alahai, lembut sungguh instant shawl scarfsweethoney ni. Jimat softener akak ! Fabriknya ringan dan tak panas rasa tak nak tanggal tudung ni dari kepada. hehe”

Cikgu Zaharah, Kedah

Langkah #4 Alas pin dengan fabrik yang lain dulu

Sebelum korang mengunakan pin, pastikan korang alas pin korang dengan fabrik yang lain terlebih dahulu untuk megelakkan pin korang tertarik semasa memakai serta mencabut pin. Sekali gus dapat mengelakkan tudung korang daripada berlubang serta kelihatan seperti baru !

Selain itu korang haruslah rajin-rajinkan diri membuang pin dari tudung setelah memakainya. Kebiasaanya, apabila hendak memakai tudung yang sama korang akan gantung tudung tadi tanpa menangalkan pin. Ye lah dah terletak elok dengan muka, malas nak buang dan pakai balik kan ? Jika tabiat itu diteruskan, tudung korang akan cepat rosak dan lubang yang kecil akan bertambah besar! tak nak kan ? Tudung kesayangan jadi labu.

“Oleh itu, inilah kegunaan instant shawl. Korang tak payah pikir nak beli pin ataupun tudung rosak disebab pin. Hanya menyarung instant shawl scarfsweethoney terus terletak cantik. Adjust sikit-sikit je untuk keselesaan. Mudahnya dengan instant shawl scarfsweethoney”

Langkah #5 Sidai di tempat yang redup

Setelah membasuh tudung, tibanya masa untuk menyidai. Kononnya nak cepat kering terus sidai di tempat direct cahaya matahari. Tudung akan jadi cepat pudar dan kesegaran softener juga cepat hilang. Seeloknya sidai di tempat yang redup, yang kurang cahaya matahari. Kebiasaanya struktur tudung adalah lebih ringan berbanding baju, oleh itu sidai sekejap sahaja dah cukup kering.

Kalau kulit jika terdedah dengan matahari secara direct boleh rosak ini kan pula tudung kesayangan korang.

Langkah #6 masukan dalam beg jaring

Tips seterusnya bagi mengelakkan tudung cepat rosak, untuk ibu-ibu yang bekerja yang inginkan kepantasan, jika ingin membasuh dengan mesin basuh korang digalakkan mengunakan beg jaring . Caranya, korang masukkan tudung ke dalam beg jaring terlebih dahulu bagi mengekalkan tekstur fabrik tudung tersebut. Diingatkan! Hanya tudung yang tiada detailing seperti batu diomond atau bunga digalakkan. Setelah itu, korang boleh membasuh seperti biasa dengan mesin basuh. Amaran! Jgn campur dengan baju yang luntur warnanya. Habis lah tudung korang nanti.

Namun begitu, bagi tudung premium heavy chiffon yang Scarfsweethoney gunakan.. Inshaa Allah lepas cuci, kibaskan sebelum sidai, dah kering nanti kuranglah kedutnya. Nak iron pon senang je.. Sekali zasss je dah cantik melentik hilang terus kedut tadi!

Jika korang berminat dengan tips ini, koramg boleh share ataupun wasap dengan menekan link ini https://wasap.my/60192107908

Jangan lupa, sekarang ini scarfsweethoney sedang mengadakan diskaun habis habisan untuk korang yg ingin kelihatan cantik di hari raya! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sekali seumur hidup taw

Shopping Cart
Scroll to Top