Jenis-jenis hanger tudung

Dengan pelbagai jenis tudung berlainan style, cara penjagaan untuk setiap tudung juga adalah berlainan terutama untuk pergantungan tudung dan jenis-jenis hanger tudung. Para wanita mesti sedia maklum tudung ada pelbagai jenis tudung sebagai contoh bawal, long shawl, instant shawl, shawl berawning dan lain-lain. Nak pula sekarang tudung boleh mencecah sehingga RM50k seheai. Oleh itu penjagaan yang rapi harus dititik beratkan terutama untuk hanger tudung. Disini kak Fa listkan contoh-contoh hanger tudung yang sering digunakan untuk mendapatkan penjagaan yang sempurna

1.Multi-use hanger

Hanger ini adalah antara sangat popular  dan hampir ada di setiap rumah untuk mengantung tudung. Kelebihan hanger ini adalah mempunyai 28 lubang di mana para wanita mampu menyangkut tudung sehingga 28 helai tudung. Penyangkut besi ini juga kukuh dan mampu menampung sehingga 6kg tudung.

2. Plastic Clip Hanger

Biasanya hanger ini digunakan dikedai tudung. Anda boleh juga gunakan untuk susunan yang lebih teratur dan mengikut tona warna. Sekiranya tudung anda banyak, anda mungkin memerlukan lebih ruang atau ‘railing‘ untuk menggantung.

3. Metal Scarf Hanger with Clip

Hanger jenis ini menjimatkan ruang anda. Anda boleh asingkan hanger mengikut tona warna tudung, contohnya satu hanger untuk warna pastel, satu hanger untuk warna dark, satu hanger untuk warna tanah.

Tip menggunakan hanger clip seperti ini ialah elakkan bahagian muka pada klip. Maksudnya klip hujung tudung dan jangan di bahagian muka untuk elakan bahagian muka berkedut atau tertarik. Bahagian muka yang cantik penting ibarat bom meletus sekiranya tak jadi. Boleh rosak mood seharian..kan..kan..kan..

4. Hanger Metal 17 rings

Hanger Metal 17 rings biasanya digunakan sekali dengan hanger (Tak kisah hanger jenis macam mana). Biasanya hanger metal 17 rings ini dapat menjimatkan ruang anda. Contohnya untuk satu ring, anda boleh letak satu jenis hanger yang berlainan. Ini mempelbagaikan kreativiti anda dalam mengantung tudung. Sekali gus senang untuk korang mix and matchkan tudung dan baju.

Hanger ini sangat kukuh dan tidak mudah patah disebabkan strukturnya besi. Selain itu, hanger ini tahan lebih lama berbanding dengan hanger plastik yang anda biasa gunakan.

5. Wooden Hanger

Wooden Hanger ini sangat penting terutama untuk anda yang selalu gunakan tudung berawning. Tips pengunaan tudung ini adalah sarung dari atas (bahagian penyangkut). Hal ini kerana, jika anda sarung dari tapak akan merosakan lebar muka tudung.

6. Scarf and Tie hanger

Scarf and tie hanger ini boleh digunakan sekali dengan hanger metal 17 rings. Hanger ini sangat popular terutama untuk remaja yang sukakan tudung bawal ataupun long shawl. Tips untuk tampak lebih kemas, anda harus melipat tudung berbentuk segi empat tepat dan dengan memasukan dalam lubang yang telah disediakan.Untuk lagi tampak terurus anda boleh asingkan mengikut warna luna color ataupun tudung dari warna gelap ke warna cerah.

7. Scarfs hanger rectangle

Hanger jenis ini sangat di sarankan kerana ianya tampak kemas dan tersusun. Juga tak mudah berselerak, kerana bila di tarik tudung salah satu dari hanger ini, ia tidak akan menjejaskan kekemasan tudung yang lain. Hanger ini mempunyai dua lubang supaya lebih rapi bila di gantung.

Setakat ini sahaja tips dari Kak Fa semoga bermanfaat 🙂

Shopping Cart
Scroll to Top