Tips Memilih Tudung Mengikut Warna Kulit

TIPS MEMILIH TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT

Tips memilih tudung mengikut warna kulit yang bersesuaian adalah sangat penting bagi menaikkan seri wajah terutama pada majlis-majlis penting.

Pemilihan warna yang salah boleh menyebabkan kita kelihatan pucat serta tidak menyerlah.

Di bawah ini, saya selitkan beberapa tips untuk memilih warna tudung yang sesuai mengikut tona warna kulit korang.

1. KULIT GELAP/HITAM MANIS

Wanita berkulit gelap adalah bukan tidak cantik tapi jika korang bijak memilih padanan warna yg sesuai bakal menyerlahkan lagi tona kulit korang.

Untuk yg berkulit gelap adalah sesuai dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana warna ni mencerahkan lagi kulit korang.

Semestinya korang yang berkulit gelap adalah lebih cerewet dalam pemilihan warna tudung ini jadi korang harus mengelak warna tudung yang gelap seperti hitam dan coklat. Hal ini kerana warna ini membuat kulit anda nampak lebih malap.

2. KULIT SAWA MATANG

Untuk korang yang berkulit sawa matang, pemilihan warna pastel & warna gelap merupakan pilihan yg terbaik kerana akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Sebagai contoh memilih warna pink belacan dan biru gelap dapat meyerlahkan kulit korang.

Awas ! Warna yang harus korang elakkan adalah warna yang terlampau lembut atau cair kerana warna tersebut boleh menyebabkan kulit korang kelihatan bertambah gelap.

3. KULIT KUNING LANGSAT

 

Untuk korang yg berkulit kuning langsat, korang sesuai mengayakan warna-warna cerah seperti kuning ataupun biru cair. Hal ini kerana warna tersebut menambahkan seri wajah korang dan menyebabkan kulit anda segar sekali gus menyebakan kecantikan korang.

Korang harus mengelakan warna oren ataupun warna krim kerana warna tersebut akan membuat korang kelihatan pucat.

4. KULIT PUTIH

Untuk korang yang berkulit putih biasanya korang sesuai dipadankan dengan kebanyakan warna. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yg paling sesuai untk korang adalah warna-warna solid seperti merah, hijau & hitam.

 Jangan disangka orang yang berkulit putih ni tiada masalah dalam pemilihan warna tudung.

Ada juga warna yang harus dielakkan iaitu warna yang terlampau lembut seperti baby blue ataupun soft pink sebab akan menyebabkan kulit korang bertambah pucat. Warna putih juga harus dielakan.

Pemilihan warna yang tepat dan sesuai sangat penting bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi untuk mengekalkan mood seharian korang. Untuk contoh padanan warna korang boleh klik sini

0/5 (0 Reviews)
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn