Tips pemilihan tudung raya adalah sangat penting dan harus dititik beratkan kerana tudung akan menetukan mood seharian seseorang tambah lagi di hari riang ria hari raya. Bayangkan di saat anda berhempas pulas make-up semua, pergi beraya teringin plak nak makan rendang. Makan rendang dengan penuh berselera tiba-tiba selerak habis tudung tumpah rendang. Menangis lah mak oi. Di bawah ini adalah 7 tips pemilihan tudung raya yang ramai orang abaikan.
1. Kalau comot senang nak basuh

Dihari raya mesti banyak hidangan dan juadah yang dihidangkan. Sambil-sambil makan rendang tiba-tiba terkena tudung, kalut cari air nak basuh tudung kan? Oleh itu sangat perlu untuk pastikan kain yang jenis senang nak basuh.
2. Pastikan dalam handbag siap sedia spray hijab wash
Sekarang semuanya senang, nak basuh tudung sembur jer hijab wash. Boleh juga digunakan untuk nak bersih kesan make up pada tudung. Kalau tertumpah rendang tu, jangan risau, jangan gelabah sembur jer hijab wash ni.
3. Pastikan senang dibentuk

Bila nak pegi beraya, mestilah penampilan tu sangat penting. Oleh itu, pastikan tudung yang senang dibentuk. Bila nak bersolek tu kejap je depan cermin, tak payah tunggu lama-lama. Tak kisah dengan tudung yang mahal kerana nilai tu lagi penting.
4. Kain tak panas

Cuaca di Malaysia tidak menetu, kejap panas kejap sejuk ikut keadaan semasa. Bayangkan kalau panas sepanjang hari, pakai plak tudung tebal bermandi peluh lah jawabnya. Perlu untuk cari tudung yang tak panas dan tak terlalu jarang untuk keselesaan.
5. Pengunaan inner yang selesa

Inner tudung adalah sangat penting kerana kita pakai kat dalam. Cari lah yang menyerap peluh dan yang tidak rimas. Tidak lah rasa meruap kat dalam tudung ni.
6. Pastikan tudung labuh mengikut saiz badan

Pastikan tudung labuh mengikut saiz badan ataupun labuh yang adjustable. Macam mana nak tahu labuh ke tidak tudung tu? korang boleh tanya seller ukuran tudung dari dagu sampai mana. Supaya nanti korang nak bajet senang.
7. Elakan pengunaan banyak pin
Untuk ibu-ibu yang ada anak kecik elakkan pengunaan pin yang bayak. Pemilihan yang tepat adalah memakai instant.