Tips supaya anak suka bertudung

Ini adalah beberapa tips supaya anak suka bertudung  yang boleh diamalkan ibu bapa bermula dari kecil. Kenapa dari kecil? Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya yakni bermakna mendidik anak bermula dari kecil lagi kerana aman kana-kanak adalah senang untuk dibentuk. Alaa, tak panas ke nanti anak-anak? Alah bisa tegal. Ye lah mommy tengok anak-anak kecik pakai tudung ni sejuk je mata memandang.

1.Belikan tudung yg comel2, 

Anak-anak sekarang mudah terpengaruh terutama sekarang dengan cerita kartun yang femes. Kalau beli sesuatu yang berkaitan dengan kartun kegemaranya mesti tak nak lepas tudung tu. Jangan ingat kanak-kanak ni tak de perasaan taw sebab anak2 pun nak berhias macam mommynya. Belikan tudung yg comel2 supaya nanti dia sentiasa teringat nak pakai sebab comel gitu.

​2.Belikan Tudung instant

Sekarang ni pelbagai jenis tudung instant untuk kanak-kanak berada di pasaran. Ada yang dua muka, ada yang sekali sarung je dah siap sangat senang. Kalau boleh elakkan dari beli tudung yang kena pin banyak-banyak bagi mengelakkan anak-anak cepat naik rimas. Tiba-tiba pin tercabut lah. Belikan tudung yg senang untuk dipakai supaya tanpa kita pun anak-anak faham cara nk pakai tudung.

​3. Tunjuk contoh

Sebagai ibu-bapa kalau boleh tunjukan contoh yang baik termasuk bertudung dan berpakaian sopan. Sesuangguhnya ibu bapa adalah cikgu pertama untuk anak-anak. Jadi, sebelum keluar rumah selalu pakai tudung lama-lama anak-anak akan teringin nak pakai tudung sebelum keluar rumah. Tunjukkan contoh yang baik dan sentiasa terapkan kebaikan bertudung dengan bahasa yg senang nk faham.

​4. Memberi dorongan untuk anak-anak

Ibu-ibu harus memberi dorongan kepada anak-anak untuk sentiasa memakai tudung. Ucapkan benda baik contohnya sentiasa berikan pujian untuk anak-anak supaya anak-anak bersemangat untuk memakai tiap hari. Selain itu sentiasa bercerita kisah nabi dan mengapa nabi mewajibkan menutup aurat untuk semua rakyat islam dalam bentuk cerita. 

5. Menghantar ke sekolah agama

Persekitaran sekeliling memainkan peranan penting terutama untuk kanak-kanak. Kanak-kanak sekarang cepat belajar dan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Oleh itu sebagai ibu bapa harus memastikan anak-anak berada dalam persekitaran yang baik-baik. Mendengar benda baik, mengucap benda baik, berfikir secara baik, InsyaAllah tanpa dipaksa anak-anak akan tahu tangungajwab dan senang untuk memakai tudung.

Shopping Cart
Scroll to Top