Ini adalah tips supaya ibu-ibu rasa istimewa di Hari Ibu. Hati ibu mana yang tidak tersentuh bila dihargai oleh anak-anak. Memang tidak asing lagi, hari-hari adalah hari ibu, tetapi pada tanggal 13 Mei adalah hari yang tersangat istimewa untuk menghargai ibu korang.
1. Percutian

Percutian disini ini tidak bermakna pergi tempat jauh sampai perlu bermalam dua atau tiga hari. Tidak, cukup lah sekadar berkumpul ramai-ramai (adik-beradik) rehat minda contohnya pergi berkelah di persisiran pantai, berjamu selera di air terjun yakni aktiviti lebih santai. Itu pun dikira bercuti ataupun boleh diungkapkan sebagai meluangkan masa bersama-sama. Agak-agak bila last korang bawak mak korang pegi bercuti? Sempena hari ibu ni, jom ajak mak korang p bercuti.
2. Masak makanan kegemaran

Percayalah, mungkin ibu korang akan terharu jika korang sudi luangkan sedikit masa untuk masak makanan kegemaran dorang. Bila dah berumah tangga ni, masa bersama ibu juga adalah sangat limit kerana kita lebih fokuskan urusan keluarga. Apa kata, sempena hari ibu ini, jom sama-sama ambil sedikit masa mengembirakan hari ibu korang dengan memasak masakan kegemaran dorang. Bunyinya agak tradisonal, tapi cara ini penuh emosi serta bermakna.
3. Memberikan hadiah

Selain daripada itu, anak-anak juga boleh memberikan hadiah istimewa untuk ibu-ibu sebagai contoh barang kemas dan set pinggang mangkuk. Tidak dinafikan barang kemas dan set pinggang mangkuk ini menjadi kegilaan para wanita. Tengok dah berair mulut belum dapat lagi. Bayangkan kalau korang hadiahkan untuk ibu-ibu korang. Apa salahnya curahkan kemewahan untuk dorang setahun sekali je kan. Senyum sampai telinga lah jawabnya kan?
4. Bawak ibu pegi shopping di Scarfsweethoney

Kenapa perlu bawak ibu pergi shopping di scarfsweethoney? Tahukah korang, scarfsweethoney adalah satu butik instant shawl yang ada pelbagai jenis gaya yang terkini. Sangat mudah dan senang dipakai dengan hanya sekurang-kurangnya sekali pakai sahaja. Sangat sesuai untuk wanita yang tak pandai lilit dan nak cantik. Siap ada aksesori yang dapat menaikan seri pemakai. Tak nak keluar kedai lah sebab semuanya cantik-cantik dan up to date.