Trend Tudung Raya 2019 – scarfsweethoney

Mungkin ramai yang beranggapan bergaya dengan Instant shawl kelihatan tidak menonjol lagi dan tidak mengikuti fesyen terkini. Namun, tahukah anda dengan instant shawal scarfsweethoney yang lebih moden berjaya menambat hati ibu-ibu sekali gus menjadi trend tudung raya 2019.

Di sini, Kak Fa huraikan tudung yang mencipta fenomena dunia fesyen terkini.

Trend #Beropol

Trend beropol ini kembali menjengah industri fesyen kita dengan pelbagai gaya yang dimodenkan menjadikan ia kembali menyerlah pada hari raya 2019. Untuk koleksi scarfsweethoney, tudung Rufya dimasukan elemen ropol-ropol dan ditambah dengan diamond stone merelip sekali gus menaikkan aura si pemakai.

Lagi praktikal apabila tudung ini dijadikan instant shawl yang direka khas untuk ibu-ibu bersiap dengan lebih cepat terutama di pagi raya dengan hanya sekali sarung sahaja.

Stop ! jangan salah faham. Mesti anda menyangka instant shawl ini hanya digayakan dengan satu gaya sahaja. Ini istimewanya Instant shawl Rufya dimana ia boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut tema majlis. Untuk majlis agama, anda boleh labuhkan melepasi bahu. Jika mahu ke majlis makan malam, anda boleh pin kan kebelakang ala-ala princes. Namun jangan risau, Instant shawl rufya ini labuh mengikut yang digariskan oleh islam.

Trend #One loop instant shawl

Trend one loop instant shawl yang menjadi pilihan ibu-ibu dalam mengayakan fesyen terkini seterusnya menjadi trend tudung raya pilihan 2019. Mesti anda tertanya-tanya kenapa ia menjadi feveret golongan ibu-ibu ini? Instant shawl one loop ini senang dipakai terutama untuk golongan ibu-ibu yang lebih sukakan tudung yang lebih simple atau tudung sarung on the go.

Ibu-ibu ini sukakan sesuatu yang senang untuk dipakai dan pinless (tanpa pin)

Oleh itu, scarfsweethoney mengeluarkan one loop instant shawl Azkaa, khas untuk ibu yang ingin kelihatan simple di pagi raya. Tak susah nak lilit bagai di pagi raya, sambil berjalan pun boleh sarung. Untuk yang sukakan manik-manik ala-ala princess kak fa mengeluarkan design Aisy yang dihiaisi diamond stone di bahagian awning. Dari jauh sudah kelihatan berseri dengan diamond stone yang merelip-relip.

Trend #double loop instant shawl- Flare

Double loop instant shawl sering diragakan oleh insta famous dimana ia menjadi ikutan remaja pada masa kini seterusnya menjadi pilihan tudung raya 2019. Apa yang bestnya instant shawl double loop ini, bahagian flare yang menjurai memberi efek kurus. Dengan berlatarkan irama angin sepoi sepoi bahasa, meniup lembut bahagian yang menjurai yang mula beralun menambahkan keayuaan kepada si pemakai.

Untuk koleksi raya scarfsweethoney 2019 yang menjadi pilihan ialah design Blair double loop.

Apa yang bestnya, design ini boleh digayakn sehingga 3 gaya mengunakan dengan hanya satu tudung sahaja.

Biasanya instant shawl ini hanya boleh digayakan dengan satu gaya sahaja, namun untuk instant shawl scarfsweethoney, kak fa mencipta dengan sedikit kelainan dengan elemen aksesori yang memukau. Sekali tengok terus terpaku ditambah dengan kekemasan serta cutting yang cun untuk anda.

Trend #instant Kepuk – Gaya Elfira

Trend Instant kepuk ini tercetus apabila para wanita terpaksa menghabiskan masa yang lama dihadapan cermin untuk mengayakan tudung seperti Elfira loy. Tanpa pengurusan masa yang betul, mungkin tudung anda tidak sekemas seperti yang diidamkan.

Dalam diam ingin mengikuti trend terkini, bergaya macam orang lain, dengan kekangan masa terpaksa batalkan niat untuk kelihatan bergaya

Jadi, Scarfsweethoney mengambil inisiatif menjadikan tudung kepuk ini sebagai instant shawl Feyra dengan hanya dua kali sarung sahaja. Bukan sahaja sarung tanpa pin bahkan terletak elok mengikut saiz badan. Impian korang jadi nyata, masa pun dapat jimat.

Apa yang korang tunggu lagi lagi, terus ke website kak fa dengan klik sini sekarang !

Shopping Cart
Scroll to Top