6 Tips Tudung Instant Terkini Padanan Warna Tudung dan Baju

 

Ini adalah 6 tips untuk penggemar tudung instant terkini iaitu padanan warna tudung dan baju yang boleh dijadikan panduan untuk anda  pada hari keraian mahupun hari perayaan. Setiap kali menjelang keraian dan perayaan, customer mesej Kak Fa bertanyakan warna tudung yang sesuai untuk baju raya dorang.

Mewakili tim Scarfsweethoney yang sentiasa komited dalam menghasilkan  sertakan  sebahagian daripada contoh yang korang boleh gunakan untuk suai padankan antara baju dan tudung instant terkini dari Scarfsweethoney.

 

1. Baju warna merah

Raya tahun ni ramai kan yang pakai baju merah? Baiklah, ini beberapa pilihan warna tudung instant terkini yang korang boleh mix and match dengan baju warna merah.

Bagi mereka yang sukakan warna blocking, korang boleh suaikan dengan warna kuning cair ataupun mustard. Dua colour ini akan membantu korang untuk tampil lebih menyerlah di hari raya nanti. Manakala, warna blush pink adalah warna common yang orang biasa pakai dengan baju warna merah. Namun, ia tetap menjadi padanan dan pilihan masa sekarang. Seterusnya, untuk korang yang lebih selesa dengan gaya simple boleh gunakan dengan warna yang senada seperti warna merah.

2. Baju warna kuning

Tidak lupa ramai yang pakai baju warna kuning untuk raya pertama atau raya kedua kan?

Sebelum pergi lebih lanjut, Kak Fa nak tanya ramai ke suka warna kuning? Tahukah korang makna disebalik warna kuning ini? Warna kuning melambangkan kecerian dan optimistik. Jadi, untuk sesiapa yang memilih baju raya warna kuning tahun ini anda mungkin menginginkan hari raya yang lebih ceria.

Kita beralih kepada topik kita iaitu padanan warna dan baju yang sesuai untuk warna kuning ini. Warna kuning sebenarnya senang untuk di matchkan dengan mana-mana warna disebabkan colour yang ceria dan cerah. Untuk korang yang sukakan colour pastel, disini Kak Fa mencadangkan warna mint green, ice coffee ataupun warna pink belacan. Sekarang memang trendy dengan warna pastel, jadi sangat sesuai untuk ke mana-mana majlis formal ataupun tidak formal.

Seterusnya, korang juga boleh padankan dengan warna gelap sebagai contoh Mocha ataupun coklat pekat. Gabungan dua warna ni membawa maksud keamanan dan kedamaian.

3. Baju warna unggu

Tahukah korang warna universal untuk tahun ini adalah warna ultra violet ?

Warna purple melambangkan keakhraban dan rasa nyaman.
Tidak asing lagi, warna purple juga senang untuk dimatchkan dengan mana-mana warna termasuk lah warna pink, beach blue, ice coffee mahupun purple itu sendiri.
Mengikut contoh padanan warna tudung instant terkini dan baju, tudung colour lembut adalah lebih sesuai sekali gus menonjolkan imej kedamaian kepada si pemakai. Namun warna purple gelap juga sesuai untuk dipadankan dengan warnanya sendiri.

4. Baju warna hijau

Setelah agak lama menyepi, warna dark green ni akhirnya  muncul kembali tahun ini membawa aura yang lebih ceria. Jom kita tengok padanan tudung yang sesuai untuk warna hijau ini.

Tidak dapat disangkal lagi,  bahawa warna grey adalah warna “selamat” yang sesuai dipadankan dengan mana-mana baju. Jadi, untuk baju dark green ni korang boleh padankan dengan tudung warna grey. Kalau boleh elakkan warna dark grey kerana boleh menyebabkan korang tampil kusam dan tidak ceria. Oleh itu, cuba tampil dengan warna yang lebih ceria seperti warna kuning ataupun warna olive. Kedua-dua warna ini akan menyerlahkan lagi baju anda sekali gus menonjol dan tampak mewah.

Selain itu, warna hijau lebih lembut juga disarankan untuk korang yang ingin tampil bergaya dengan baju warna dark green ini.

5. Baju warna merah jambu

Sebut je warna merah jambu ini mesti otak kita terus berfikir warna ni adalah warna kelembutan dan harus dipadankan dengan warna lembut. Baju yang berwarna pink juga boleh dipadankan dengan tudung berwarna yang lebih gelap contohnya warna maroon. Warna yang masih senada tapi lebih gelap. Gabungan dua warna ini kelihatan lebih sempoi dalam kelembutan sangat nice! Ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.

Namun padanan yang lebih lembut seperti warna kuning cair, warna pink cair dan warna coklat cair juga adalah sesuai. Gabungan warna lembut ini menonjolkan sifat keibuan serta keayuan. Bak kata pujangga melayu dalam hati ada taman.

6. Baju warna biru lembut

Penggunaan warna biru sering dikaitkan dengan rona langit dan lautan. Ia antara warna paling digemari kerana melambangkan kepercayaan dan sikap yang komited.

Warna ini juga berupaya menampilkan ciri elegan dan menambahkan karakter pada skema warna sama ada tradisional mahupun kontemporari. Jadi jangan risau untuk tampil bergaya dengan warna biru. Contoh padanan warna tudung untuk baju berwarna  biru lembut adalah seperti ice coffee, pink mahupun kuning.

Nak tahu tak, mereka yang sukakan biru lembut ini adalah orang yang tenang, cerdas, percaya diri dan sukakan keamanan. Biasanya mereka ini pendamai, suka bersosial dan berkomunikasi dengan orang.

Semoga contoh padanan baju dan tudung yang Kak fa kondsikan ini memberi manfaat untuk korang yang nak pilih tudung raya tahun ini !

Shopping Cart
Scroll to Top