5 punca kenapa wanita selalu kata tak ada tudung nak pakai sedangkan dalam almari penuh tudung

Sering kali kita mendengar wanita selalu kata tak ada tudung nak pakai sedangkan dalam almari penuh tudung. Disini Kak Fa senaraikan 5 punca kenapa wanita selalu kata tak ada tudung nak pakai sedangkan dalam almari penuh tudung.

1. Tudung tidak disusun dengan kemas dalam almari

Untuk nampak lebih tersusun, anda boleh asingkan mengikut kekerapan yang anda pakai. Sebagai contoh tudung yang kerap digunakan boleh diletakan di penyangkut. Tudung yang jarang digunakan boleh disusun elok-elok dalam almari. Untuk lebih kemas dan teratur dalam almari anda boleh susun ikut warna. Untuk tudung yang anda tak nak pakai, anda boleh letakkan dalam plastik ataupun bakul yang berasingan supaya senang untuk dikitar semula atau unuk disedekahkan.

2. Masih simpan tudung lama kerana ada sentimental value walaupun sudah tidak digunakan

Setiap wanita mesti akan ada tudung kegemaran kan? Once dah suka, dah jatuh cinta akan terus pakai tudung yang sama sebab selesa dan cantik. Akan tetapi, jika anda mendapat hadiah dari yang tersayang namun tudung itu jarang digunakan mesti rasa sayang nak buangkan ? Ye lah, tudung orang bagi, mestilah akan hargai sebaik mungkin. Tapi last-last masih tersimpan dalam kotak. Ini adalah salah satu sebab kenapa tudung banyak, tapi  tak ada tudung yang nak dipakai.

3. Asyik beli warna dan corak tudung yang lebih kurang sama

Nama pun wanita, bila dah suka tu, akan pandang yang sama je sampai tak tersedar terbeli warna atau corak yang sama sebab suka. Oleh itu, elakkan membeli tudung dan corak yang sama. Kalau rasa dah ada warna yang hampir sama tahan diri. Untuk elakkan hal ini berlaku anda boleh susun tudung mengikut warna tudung dari warna cerah ke warna gelap seperti colour luna.

4. Terpengaruh dengan jualan murah

Jualan murah, harga runtuh dan diskaun sehingga 80% menjadi kegilaan terutama untuk wanita-wanita yang sangat sukakan jualan murah terutama di musim perayaan. Haruslah berpada-pada dalam membeli tudung. Kawal diri dari membeli tudung yang tidak anda pakai walaupun ada jualan murah. Hal ini boleh menyebabkan pembaziran sekali gus menjadi punca untuk wanita selalu kata tak ada tudung.

5.   Demotivate bila pakai tudung yang tak up-to-date (rasa down bila kawan pakai tudung lagi style)

Selain itu, demotivate oleh rakan juga merupakan salah satu punca wanita selalu kata tak ada tudung .Gelombang fesyen yang bergerak sangat pantas turut memberi impak kepada gaya pemakaian wanita terutama “tudung”. Bila tengok kawan pakai tudung lebih stylish , akan timbul perasaan cemburu. Hendak berfesyen tidak salah selagi tidak bertentangan dengan hukum syariat. Jadi, pilih lah tudung yang memudahkan kita seperti instant shawl. Instant shawl yang lebih up-to-date, simple, mudah dipakai, labuh dan yang paling penting adalah cantik.

Sebenarnya wanita ni bukan tak ada tudung tapi kebanyakkan tudung tidak sesuai dengan pemakaian dan mengikut mood. Jadi untuk dapatkan tudung instant shawl yang berstyle dan terkini boleh terus klik link di bawah ini

https://scarfsweethoney.com.my/

Shopping Cart
Scroll to Top