Lilitan cara Elfira yang paling ringkas

Instant shawl kepuk Feyra dihasilkan pada bulan Februari 2017. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk memastikan instant shawl kepuk Feyra ini berjaya menambat hati peminat. Setelah 6 bulan R&D akhirnya berjaya membuahkan hasil yang sangat positif dan menghasilkan lilitan cara elfira yang paling ringkas. Selain dalam negera, Feyra instant kepuk ini mendapat permintaan dari luar negara terutama Singapore dan brunei.

Design Feyra ini direka khas buat ibu bekerjaya yang ingin tampil dengan gaya terkini dalam masa yang sama ingin pantas dalam bersiap. Dalam sibuk bekerja dan menjaga anak, ibu-ibu perlu melakukan persediaan yang lebih awal untuk berhias cantik serta kekal kemas sepanjang hari.

Dengan Instant Shawl kepuk Feyra ini, Ibu-ibu hanya perlu 15 saat sahaja untuk bersiap dalam masa yang sama dapat mengayakan style yang diinginkan selama ini.

Di sini, Kak Fa ingin terangkan jenis-jenis Instant shawl kepuk Feyra yang pernah dikeluarkan oleh scarfsweethoney. 

1. Feyra Premium

Feyra Premium ialah design Feyra pertama yang dihasilkan oleh Kak Fa. Design Feyra Premium ini mempunyai detailing hamatite stone dibahagian Flare. Hematite stone ini disusun dengan kemas sebanyak 47 biji secara kesuluruhan. Apa yang menariknya hematite stone ini berwarna hitam sekali gus menyerlahkan kemewahan kepada si pemakai. 2. FEYRA BASIC

Feyra basic ialah design feyra yang tidak mempunyai batu dan hanya mempunyai metal tag scarfsweethoney. Design ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan design yang simple dan tidak terlalu meriah.

Tercetusnya design ini apabila ramai yang ingin memiliki design Feyra dengan harga mampu milik. Oleh itu, kak Fa membuat keputusan untuk menghasilkan Feyra yang lebih simple dengan hanya meletakan metal tag sebagai tumpuan dan boleh dimiliki dengan harga 2pcs RM120 iaitu RM 60 satu. Apa yang menariknya design ini, Kak Fa jual secara kombo sahaja kerana kak fa nak anda rasa dan share dengan kawan-kawan manfaat design Feyra Basic ini sebelum memiliki design Feyra yang lain.

3. Feyra Lily

Feyra Lily merupakan keluaran printed khas daripada scarfsweethoney. Kami hanya mengeluarkan sebanyak 50 helai sahaja design ini. Apa yang bestnya design ini mempunyai printed bunga lily dan dihiasi dengan diamond stone. Bunga printed lily ini membawa maksud kesucian, kesopanan dan kemurnian sekaligus memberi keunikan kepada si pemakai.

4. FEYRA BEEB

Setelah permintaan hangat dari Feyra Lily, kak Fa teruskan lagi dengan design Feyra Beeb. Apa yang membezakan Feyra beeb dan Feyra lily ialah pada bunga printed dan taburan diamond stone. Feyra Beeb ini diilhamkan dari kuntuman bunga yang pelbagai jenis. Bunga ini membawa maksud penerimaan dalam persahabatan. Oleh itu, sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada sahabat ataupun ahli keluarga yang tersayang sebagai tanda penghargaan.

5. FEYRA PHEA

Feyra Phea ini direka special untuk anda yang inginkan tampak glamour dan berstyle di majlis formal mahupun tidak formal. Selain daripada itu, Feyra Phea ini dapat membantu anda untuk tampil lebih elegant dan berkeyakinan dalam berfesyen.  Feyra phea ini dihiasi ostrich feather dan ditambah diamond stone yang merelip di bahagian hujung. Gabungan dua aksesori ini terus membuat mata-mata terpukau dengan keayuan anda.

Untuk design ini kak Fa sasarkan pada hari raya kerana kak Fa tahu pada hari raya semua orang ingin kelihatan berseri-seri tambah lagi ada perhimpunan keluarga.

Namun begitu, Feyra Phea ini tidak terus dilupakan kerana permintaan yang tinggi walaupun bukan musim perayaan. Selain musim perayaan, Feyra Phea ini sesuai digayakan ke kenduri ataupun dinner. 

6. FEYRA ROSSA

Nama Feyra rossa ini sendiri membawa maksud Feyra si mawar merah. Mawar merah ini membawa maksud cinta ataupun kasih sayang. Kenapa Kak Fa keluarkan Design ini? Feyra Rossa ini dikeluarkan sempena Hari ibu 2017.

Hari ibu itu sendiri sinonim dengan bunga rose. Dari situ, Kak Fa mendapat insipirasi mengolah Feyra dengan menambah patch bunga rose yang berwarna merah di hujung bucu tudung. Tidak cukup dengan itu, kak fa tambah lagi dengan taburan diamond stone merelip memagari mawar merah.

Cukup memukau dan bisa membuat hati bergelora.

7. Feyra Lora

Feyra lora ini diilihamkan daripada salah seorang pelangan Kak Fa yang suka menghias Feyra dengan kerongsang dibahagian kepuk-kepuk. Kak Fa mengambil inisiatif untuk menambah “sesuatu” pada kepuk-kepuk Feyra. Dengan itu, idea menempah taburan diamond stone berbentuk bulat adalah paling sesuai bagi mereka yang sukakan blink-blink. 

Sehingga kini, design ini sudah mencecah hampir 200 helai terjual selama 2 bulan berada di pasaran. Kak Fa tidak sangka design Feyra Lora akan sampai sejauh ini. Oleh kerana mendapat permintaan yang tinggi, Kak Fa restock sebanyak 18 warna kesemuanya. Sehingga ada yang sanggup datang dari johor semata-mata untuk mencari design ini.

Katanya designnya yang unik yet-elegant, dengan cutting yang ngam-ngam sangat selesa. Tak nak design lain dah, sebab tu sanggup datang jauh dari johor semata-mata nak pilih sendiri

8. Feyra Fjura

Feyra Fjura ini dihasilkan daripada bunga mekar, bunga organza, ostrich feather, metal leaf and diamond stone sebagai aksesori. Semua ini ditampal dahulu sebelum dijahit menjadikan ia sangat kemas dan tahan lasak. Diamond stone dijadikan sebagai hiasan untuk menyerlahkan aksesori diatas. Design ini sangat sesuai untuk orang yang sukakan aksesori dalam pemakaian. 

Feyra Fjura ini diinspirasikan daripada bunga jepun semasa Kak Fa melancong ke negara matahari terbit itu. 

Feyra Fjura agak pricey berbanding feyra yang lain disebabkan kesukaran menghasilkan detailing serta kekemasan pada design ini.

DIE HARD FAN FEYRA

Yess !Puan Shazia merupakan Die hard Fan Feyra sehinggakan hampir kesemua koleksi Feyra Puan Shazia Raisya ini ada. Setiap kali ada keluaran untuk design Feyra Puan Shazia tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya. Hampir setiap warna koleksi Feyra Puan Shazia miliki.

Untuk dua edisi Feyra Lily dan Feyra Beeb adalah sangat terhad, jadi Puan Shazia tidak sempat memiliki dua design ini.

Selain Puan Shazia, Kak Fa ada ramai lagi positif customer yang sangat sukakan Feyra ini.

korang nak tak kalau kak Fa buat Instant shawl Feyra Printed? Kalau nak korang boleh klik link dibawah ini

http://wasap.my/60182054908/Feyra
http://wasap.my/60182054908/Feyra

untuk baca contoh padanan baju boleh klik sini

Shopping Cart
Scroll to Top